Umur.

Siang tadi aku tanya pandangan rakan sekerja aku tentang berapa jarak umur maksimum (tua/muda) bagi seorang lelaki memilih pasangannya?

Aku tanya ni sebab mak aku selalu pesan sebelum ni cari yang lebih muda dari aku, dia dok selalu sebut muda 5 tahun dari aku. (mak aku muda 5 tahun dari ayah aku). So rakan sekerja aku tanya aku balik, ‘umur ada ke dalam 4 kriteria mencari pasangan yang diberitahu Rasulullah?’ So apa 4 kriteria tu kawan-kawan?

Harta, keturunan, rupa dan agamanya. So ada ke sebut umur? Tidak. Rakan sekerja aku cakap umur ni orang selalu jadikan kayu pengukur dari segi matang atau tidak seseorang tu. Tapi, muda tak semestinya tak cukup matang, dan tua tak semestinya cukup matang. Matang dalam konteks rakan sekerja aku adalah matang untuk memikul tanggunjawab seorang isteri, tanpa mengambil kira umurnya. Aku setuju apa yang dia cakap ni.

Dia sambung lagi, bila buat pilihan ni rujuklah empat-empat kriteria tersebut. Walaupun tua atau muda dari kita, kalau empat-empat tu apa pada dia dan sudah memadai bagi kita, inshAllah ditunjukkan jalan. Aku tiada komen lebih sebab dah dapat jawapan, lagi pun bukan arif sangat bab ni haha. So kita ambil mana yang baik ye dak? Sekian.

Advertisements

2017

Assalamualaikum.

I made a move today. Just a simple ‘hai’ with a intention to say a bit more. Then, the ‘a bit more’ didn’t come out. End up to a normal conversation. So today, I gonna tell you about love, my love story. This is the best medium for me the express all the things about love.

So, the last time I confessed to a person, a girl is in 2011 or 2012. The bold move I made, based on my YOLO-whatever-happen-I-dont-care thought haha. I choose a right time which is during midnight because Im hoping she gonna read it in the morning (Yes, she read it in the morning). During the time where phone is not smartphone, texting thru SMS not Whatsapp, 160 words per message, 10c per message and its cost me about 40c. You can guess how long I wrote haha. I put all the words in a single send. From ‘hai’ to ‘I hope you’re okay with this’ haha.

Move yang aku buat ni sebab aku taknak hold perasaan ni, tak best langsung ko tahu. Aku YOLO habis time tu haha. Pagi esoknya dia baca, aaaand it was a positive respond kahkah. Aku macam tak sangka, ada jugak orang boleh suka dekat aku. Sampai situ je kot, walaupun bukan penamat yang baik tapi kitaorang masih lagi contact each other.

Kaitan dengan harini punya move, aku rasa aku takde keyakinan langsung untuk confess ni. Waktu hantar ‘hai’ tu punya berkobar-kobar, bila dah balas terus blank. Setan betul kahkah. Aku tenang dan reflex diri balik, rasanya bukan harini dan kemungkinan bukan untuk akan datang. Tak menyesal ke nanti? Ini aku rasa aku jela tanggung sendiri, apa boleh buat kan haha.

So gais, kalau rasa minat sesiapa kan. Confess jela. Ko dah baik-baik dengan dia then rasa something different, confess jela. Kalau takut kena reject sebab nanti dah tak baik, tak payah la rasa suka dekat dia. Tapi kan, kadang kala you need to gamble on something. Aku ada kawan, gamble confess dekat member baik. Walaupun bukan respon positif tapi elok je kawan sampai sekarang. Lain la ko dapat tahan perasaan tu sampai bila-bila kan, bukan kuat sangat pun haha. Itu jela kot untuk harini, walaupun aku nampak macam loser tapi apa aku cakap ni semuanya betul, ikut jela. Haha

Oh ya, tahun 2013 kali terakhir aku cakap aku rindu dekat orang. Lama kan?

 

Hiking : Kinabalu.

Hi. Macam biasa, lama jugak aku tak update WP aku ni.

Kali ni aku nak tulis pasal hiking. Lama aku tangguh nak tulis benda ni, dah sebulan lebih. So aku terpanggil nak tulis pasal hiking ni bila aku sukses tawan puncak Gunung Kinabalu ni. Trip tawan Kinabalu ni sebenarnya memang spontan habis. Pada mulanya aku dengan Arep diskus nak pergi Merapi, Jogja. Aku dah siap approach sorang brader hat boleh bawa pergi, bincang melalu Whatsapp pasal harga dan jadual perjalanan semua. Tapi brader tu cakap kasi tarih Q3 tahun 2017. Aku dengan Arep rasa agak lama, tambah dengan status CCRIS aku tak clear lagi, so kitaorang end up dengan trip Kinabalu. Merata-rata cari trip yang murah, akhirnya jumpa trip dari group OHANA yang gogo dia Nick Mulya. Memang paling murah la antara semua trip, RM650 cover ground cost 3h2m dekat sana. Plus dengan flight ticket, total kerugian dalam RM900 (tak termasuk perbelanjaan peribadi)

So pada 18 Jan 17 berangkatlah aku ke Sabah dengan Arep, Lydia (kawan baik Arep) dan Jalak (mamat sesat minta tolong beli tiket last-last jadi member masuk air). Hari pertama takda apa sangat, dia kasi chance pusing-pusing Kundsang dan bermalam di sana. Suhu hari pertama boleh tahan tapi dalam kawalan. So datanglah the worse part tang pagi 19hb, hari nak start hiking. Dah la hujan, dia punya sejuk dia peh syahdu. Tapi Alhamdulillah hujan berhenti bila start hiking dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Trek dia tangga all the way sampai Laban Rata, 6km jauh perjalanan dia. 5km pertama semua okay, then datanglah dugaan tuhan pada 1km terakhir, hujannn. Dah la pakai satu lapis tambah plak tu dekat paras 3000m, ya Allah sejuk dia buat aku koyak. Lagi 1km nak sampai Laban Rata, makan 1 jam lebih. Dugaan aku tamat bila sampai LB then check in hostel. Baju, seluar, kasut semua basah. Taktau la gigil aku paling real rasanya time tu. So tukar pakaian summit attack, tiga lapis kali ni walaupun gamble bila guide cakap boleh cecah -2 C’ pagi esok. Lepas makan malam aku terus tido kasi recover energy, sejuk dia aku kasitau suhu dia 8-7 C’.

1 pagi 20hb, summit attack. Bangun la semua makan pagi then prepare nak Sayat-Sayat Hut. Untuk pengetahuan, mana-mana hiker yang sampai ke Sayat-Sayat Hut lebih dari 5.30 pagi tak dibenarkan ke puncak, kena lah patah balik ke LB. Waktu summit attack semua rushing sebab kejar masa, kawan tak kawan semua kena tinggal haha. Group aku Alhamdulillah semua lepas ke puncak. Tapi itu belum pengakhiran lagi, puncak dekat Kinabalu ni banyak dan puncak paling tinggi dia, Low’s Peak. So itu target semua orang, nak Low’s Peak ni lah paling azab. Kena jalan dalam 2.7km dari Sayat-Sayat plus dengan suhu time tu 2 C’ dan gerimis hujan, ya Allah aku tak jangka betul. Jalan 3 tapak berhenti, sambung lagi 3 tapak berhenti sampailah dekat Low’s Peak. Rezeki aku jadi orang terakhir sampai Low’s Peak, dari gelap pagi hingga ke cerah la aku menapak. Rezeki jugak pada group trip aku yang mana lepas sampai Low’s Peak sebab dapat enjoy view siang hari, berbanding pada mereka yang naik gelap dan turun pun gelap. Menapak ke LB sebelum menapak turun ke Timpohon Gate. Sampai Timpohon Gate pukul 2.30 petang. Kitaorang berempat memang kejar masa takut terlepas flight. So tak dan nak proper goodbye dekat group trip kitaorang. Pukul 10 malam tak silap, kiteorang bertolak balik ke KL. Sambil terngiang-ngiang trip Kinabalu yang tak sampai 24 jam tawan puncak. Semua masih tak percaya sampai puncak, tak boleh move on betul even tengah menaip ni aku teringat trip yang padu ni haha. Ketentuan tuhan jugak kasi peluang group aku sampai puncak sebab 2-3 hari sebelum semua tak lepas pergi puncak sebab hujan lebat. Bila time kiteorang semua dipermudahkan. Banyak lagi nak tulis tapi aku malas so skip la certain details ni. Kalau nak tahu kena la duduk ngeteh sekali. Maybe entri akan datang aku cerita macam mana aku start hiking. So itu jela kot (p/s gambar header tu gambar aku dekat puncak kahkah)

Grazie.

Hello there, yes you!

Pertama sekali aku nak berterima kasih kepada mereka yang singgah di wordpress aku ni secara sengaja atau tidak haha. Entri ni aku buat untuk tahu, adakah aku ada loyal readers?

Maksud aku pembaca yang selalu datang baca dekat wordpress ni. Kalau ada aku berbesar hati kalau korang dapat komen di entri ni, macam mana ampa jumpa wordpress ni dan apa yang korang rasa berkenaan wordpress ini? Tak perlu kenalkan diri pun takpa.

Keduanya, setiap aku kali aku tengok review, mesti ada reader dari United States of America. Aku tak tahu antara ip address dia sana ke, dia guna vpn divert ke sana ke apa. Tapi kalau you memang dari sana boleh tak saya tahu kewujudan anda? Sila komen seperti diatas haha.

Okaylah itu sahaja kot. Nampak macam ramai peminat padahal takde. Peduli apa aku wordpress aku kahkahkah. So dah 3 tahun lamanya wordpress ni, aku harap dapat kekal lama dan teruskanlah membaca. Graziee.

Kerja Pertama

Hai kembali berjumpa semula kita. Aku nak buat entri ni lama dah tapi malas nak mampus. So kalini aku cuba rajinkan diri kahkahkah.

Kalini aku nak cerita pasal kerja pertama aku, kerja hat rasmi lah aku kategorikan. Selepas 100+ permohonan, 10 bulan rehat, 5 bulan jadi part-timer dan 5 bulan jadi tanggungan di rumah. Akhirnya aku dapat kerja pertama aku. Dan seperti aku rasa, aku takkan dapat dekat. Kali ini aku ke utara lagi, Pulau Pinang. Interview pertama aku sepanjang 10 bulan habis belajar, rezeki aku terus dapat kerja dekat Penang ni. Tak cakap banyak, terus aku cakap ya bila HR call nak buat pengesahan.

Tampak jelas ekspresi muka mak aku yang terkejut dan macam tak sangka dapat jauh. Ayah aku pula berkali tanya, ‘nak pergi ke?’. Aku jawab jelas, ‘ini sahaja offer yang saya dapat bah’. Lampu hijau. Bergeraklah aku ke Penang dengan bantuan kawan baik aku ni, Hafizie. Motor bawak naik Triton dia, luggage punggah habis semua. Ditemani jugak dengan Emma kawan kenal thru MTB (senang jugak aku buat kawan ni kakaka). Aku terharu jgk sebenarnya ada kawan sanggup meredah 500km untuk hantar aku ni. Sedih bila terkenang ni haha.

Aku start off my life dekat Penang not quite well. Rujuk balik first entri aku bulan Jun tempoh hari. Tapi Alhamdulillah, berkat Ramadhan semuanya berjalan lancar, sehingga la sekarang. Aku takkan cerita pasal apa kerja aku ni, malas haha. Semua tadi tu mukadimah je, aku nak tekankan berkenaan rezeki dan usaha dalam cari kerja ni.

For those fresh grads ni aku nasihatkan letak usaha #1 bila cari kerja ni. Tanpa usaha tak kemana. Rajin-rajinlah usha jobstreet ke apa medium cari kerja yang lain. Boleh aku katakan 70% ko kena letak untuk usaha. Tak kisah lah berapa banyak permohonan ko tapi jangan putus asa. Aku yang 100+ permohonan rasa banyak dah tapi ada sampai ribu permohonan. Percayalah tuhan akan tolong orang yang sabar dan berusaha ni, InshaAllah. Dimana lagi 30% ni? Bagi aku 20% adalah untuk interview dan resume ko. Resume kena solid, boh je pengalaman kerja part time ko jangan risau. Sebab bila panel tu tanya aku duduk rumah buat apa, aku cakap aku ada buat part time. Dia cakap,’okay, at least you have something to do’. Ini menunjukkan impresi pertama yang ko ni ada effort nak kerja. Kalau resume kosong first impression dah tak nice. Untuk interview, aku haraplah kamu semua ni prepare untuk jawab dalam BM dan juga BI. Be solid waktu interview. Promote yourself.

Dan lagi 10% adalah nasib/luck. Ini ternyata wujud. Im one of the example. Waktu interview aku sorang je bukan orang utara ni. Bapak ah moral down gile. Bila dah dapat kerja ramai cakap aku ni luck dapat masuk company aku sekarang, taktau lah nak bangga ke sedih ni haha. Luck itu ada cuma kita taktau lah either luck be on us or not. So basically apa yang aku cuba sampaikan, for fresh grads ni you can get a better job tapi you need to put effort on find it. You can’t just apply for 3 or 4 jobs then wait for an IV. Then complain on how hard to get a job. But in real life you just do nothing to get a job.

Aku rasa macam mengarut dah ni. Sebab idea hilang tengah-tengah cerita tadi. Oklah kalau nak kerja Penang roger abang kot ada kosong sini.

Ekpresi

I am lost in a crowded place, full of expressions.

Apa ada dengan ekpresi, ekpresi seseorang manusia. Bagi aku ekpresi muka seseorang itu mampu menceritakan 1001 kisah dunia. I been living by judging a person by his/her expression. Don’t get me wrong, all the judgments are for me and myself only. Menjadi hobi untuk observe dan study ekpresi muka seseorang tu. Aku dah buat benda macam ni bertahun. Sejak aku dapat tawaran belajar diploma di UiTM aku belajar untuk mengamati ekpresi manusia ni. Tambahan setiap kali aku balik Kuantan aku akan transit di Puduraya (sedih Pudu dah tutup terminal dia). Setiap kali transit Puduraya aku sengaja akan ambil bas seterusnya 3 4 jam lambat. Apa yang aku buat aku akan pusing sekitar Puduraya – Petaling Street. Waktu tu aku guna semua masa aku study and observe orang yang ada disekeliling.

Tempat dan suasana memainkan peranan bagi aku untuk study expresi orang ni. So bila di Puduraya ni ko akan jumpa bermacam orang. Tapi ko tahu ke tak kisah hidup dia? Semestinya tak, itu yang buat aku suka nak study ekpresi ni. Aku ingat lagi ada seorang brader ni jual stokin dekat kaki lima ke Petaling Street. Brader di temani seorang budak kecik, anak dia barangkali. Muka brader tu penuh dengan cerita bagi aku. Apa yang dia fikir, apa yang dia nak. Muka brader tu kelihatan tenang tapi dimasa yang sama resah. Resah apabila setiap kali orang lalu tak beli stokin dia jual, resah takutkan sales harini tidak cantik. Bila anak dia datang sapa, dia kembali tenang. Tenang seperti tiada apa yang berlaku. Kuatnya aura seorang anak ni. Then I’ll move to other person, study and observe and repeat. Repeat till my time was running out. I find it amusing, seoleh-oleh aku boleh rasa apa yang orang tu rasa. Sedih, happy, resah, semuanyalah. Setiap kali aku transit Pudu aku ambil masa muhasabah diri aku balik lepas tu.

So habit aku ni bukan dekat situ sahaja, di UiTM pun aku buat tapi UiTM tak banyak sangat ekpresi yang boleh ko judge. Maksud aku kebanyakkan ekpresi tipikal seorang pelajar universiti. Dan, ada masa tu aku dapat roomate baru. So satu hari ni aku makan berdua dengan dia, at that time I judge his expression. Satu ekpresi yang buat aku tersentuh, entahlah maybe aku senang tersentuh kot. Dia makan je kot bukan buat apa. Tapi cara dia makan, dia habiskan semua makanan tanpa tinggal sebarang sisa. Nampak pure and innocent. Damn that man change me forever. Since that moment, aku pastikan dalam pinggan aku takde sisa makanan pun. Walaupun sebelum ni aku makan tak pernah tak habis tapi kali ni aku habiskan sehabisnya (celaka betul tulis macam ni kakaka). Ekpresi roomate aku tu tunjuk betapa ikhlasnya dan hargainya dia dekat makanan ni. Ya Allah sedih rasa waktu tu kenapa aku tak boleh buat.

Ekpresi ni banyak memberi impak dekat aku. Kalau rujuk balik post aku sebelum ni aku ada cerita pasal ekpresi ni, tapi kali ni aku rumuskan dalam satu entri. Paling baru bila aku balik kerja naik lif ke tingkat 18 tingginya haha. Ada seorang brader baru balik kerja. Muka dia resah, seperti memikirkan sesuatu. Bayangkan ko baru balik kerja ni, ko mesti buat muka penat punya. Tapi brader ni tak, resah lebih dari penat. Boleh kau bayangkan seorang yang penat jasadnya tapi fikiran dia tidak. Tiada ruang untuk penat bila kita cuba survive something that we need to survive. This habit quite bring me into new world. A world that I created by myself, and sometimes I will get lost in this my own world. Jasad semua kelihatan sama, tapi hatinya, fikiranya, adakah kelihatan sama? Aku berterimakasih pada tuhan kerana kurniakan aku peluang sebegini. Peluang untuk aku belajar lebih lagi.

If you can’t find me, I might lost in a crowded place. A place full of expressions.

Tired

So it happened again.

When you think you found the right one. Suddenly it is not. The scene is exactly like before. Knowing each other, talking about probability in future. Suddenly it became silence. The previous one I just keep silent and didn’t ask a single question. Know the truth from other person. So this time my instinct said you need to ask, so I asked. The answer so simple, ‘Yes, I don’t wanna hurts you’. I just replied, ‘Oh god why’. Then I replied with a reminder and wishing her all the best.

At that time I almost lost my faith to relationship, to woman. But there is thing said to, ‘Please don’t.’ I always recite a phrase in my du’a after solah;

“Ya Allah berikan aku kesejahteraan, keberkatan dalam perhubungan.
Tunjukkan siapa yang terbaik untuk aku, tunjukkan aku siapa yang tertulis di luh mahfuz Mu.”

Maybe she is not for me, or me is not for her. Maybe I’m not ready for this kind of this yet. Maybe I’m not good enough yet. I took this as my lesson to improve myself, reflect myself. Be a better man, be a better muslim.

As usual I will let this thing slide same as other cases, and move on. I have no problem in move on actually, but I have a problem when that person come back. I hope not.

Tired is the topic because I’m tired of this kind of thing. I’m tired to move on eventhough I can. Tired to face the same thing (I hope not) in the future.

Just fcking tired.

Edited: This happened in just one month. Damn it! Haha!

 

Sudu Emas

Tidak semua orang lahir bersama sudu emas di mulut, seperti itulah aku.

Aku menulis ni bukan nak kondem sesiapa pun, sekadar apa yang terlintas. Aku tidak pernah ada rasa iri hati terhadap orang yang senang ni. Kita taktau latarbelakang diorang macam mana. Kawan aku cerita, macam mana ayah dia berusaha untuk berada di tahap sekarang. Ayah dia bekerja siang malam untuk kasi kemewahan dekat keluarga dia. So mana hak kita untuk kondem or judge mereka ni?

Walaupun aku bukan lahir sudu emas di mulut, tapi aku still dalam keadaan yang bersyukur ada tempat teduh dan makan minum hidang di meja. Bukan lah berada dan juga bukan la kesusahan. Ayah aku ajar kami adik-beradik way of life dimana nak sesuatu kena berusaha. Tapi kalau bab belajar ayah aku memang tak lokek. Sejak aku kecik hingga habis sekolah menengah ayah aku peruntukkan around RM100 (masa sekolah menengah) untuk beli barang raya. So konsep dia, kalau ko beli kasut harga RM100, so itu je barang ko dapat. Kena lah rancang sebaiknya raya tahun tu nak beli apa haha. Syukur aku more to beli barang bundle, kecuali sekarang aku kena cari seluar jeans/slack dekat pasaraya since saiz susah dapat dan kualiti lebih baik. Tapi tshirt/kemeja aku memang bundle, bundle FTW!

Hampir 24 tahun I been living like this. Bila start masuk universiti ni aku terdedah kepada dunia mewah. Makan minum kafe, lepak mall, beli barang butik dan etc. Terdedah sahaja tetapi aku tak lah buat selalu. Aku slowly belajar makan minum dekat kafe (hipster?). Memang jakun la kejap, aku kena akui ni haha. Nak order takyah cakap la tak reti tapi belajar itu penting. I went to these cafes rasanya satu semester 1 2 kali je. Aku fikir itu untuk pendedahan tapi bukan untuk amalan. Beli barang butik ni aku tolaklah beli kasut dekat Al-Ikhsan haha. Selalunya aku beli dekat Parkson, FOS selain dari bundle. So pertama kalinya aku beli seluar jeans dekat butik. Ya aku akui kualiti dia much better, and again aku beli for sake of keperluan bukan kehendak. Aku start pakai smartphone pada umur 22 tahun atas desakan perubahan arus teknologi masa kini. Then aku first minum kopi mahal (baca: Starbucks) tahun lepas, itu pun orang belanja. I feel so awkward been in Starbucks, pheww.

Aku bukan cheapskate ke apa, tapi I’m more comfortable living in a moderate life. Nak minum kopi mahal or beli barang mahal for me 3-6 bulan sekali. So when people asked me for opinion to buy something yang ratus ratus ni aku kaku kejap. I really don’t know how to answer this. Yela selama ni beli baju bundle, kasut pun orang kasi so bila datang soalan, ‘Mana patut aku beli Clarks ke Timberland?’ Aku macam okay, tak boleh jawab ni. Aku hanya akan cakap mana yang selesa. How the hell aku nak cakap pasal harga haha. I hoping that I will always in this state of mind, keep moderate and be grateful for what I had.

A piece of advice. How rich the person or the family are you can’t judge them. It is their right to spend their money and to wear what their want. Why not spend your wasted time judging them by helping the poor, they need us.

Take for granted.

“fail to properly appreciate (someone or something), especially as a result of overfamiliarity”

Hari ini baru aku tahu maksud sebenar take for granted ni. So aku dah hadap kes orang ambil senang effort aku ni banyak kali. Mula-mula tu takyah cakap la sakitnya lahai. People take me for granted in many form, in many situations. At this time I were used to this. I always let it slide. Who am I to judge you right?

Dah berkali-kali orang buat baik dengan aku, then suddenly hilang. Tiba-tiba macam takde apa. I was like, what is this? Aku bukan mintak lebih, cuma setakat a simple gesture or action that you appreciate my effort.

I always be nice to other people, I rarely say no to other person. What I get as a reward? Nothing even a thank you. Some people treat like a robot, without feeling. They do nice to me, they gave me hope then suddenly they disappeared. What am I actually? Can you see as human being? Is that so easy to left me hanging like that.

So sebab banyak kali kena, aku set pada diri aku. Kalau aku kena lagi lepas ni, aku akan biarkan. Aku anggap apa yang jadi perlu terjadi. Aku anggap aku play a certain role in the story. Aku harap I will be the last yang kena, that person akan sedar apa yang dia buat salah dan reflect balik diri dia dan change to someone better. Aku tak kisah nak letak diri aku jadi punching bag, experiment apparatus on so on, selagi aku jadi trigger for someone to reflect themselves and change to better person. Nampak macam lelaki dayus ke? Apa pun orang nak anggap I will stick to that, because that is my philosophy.

So will you take me for granted?

Loneliness

Do you have a friend called loneliness?

Ini entah kali ke berapa aku tulis pasal loneliness, lonely, loner dan etc. Aku tulis berkali kali sebab masa ke semasa aku dapat jawapan sebenar terhadap persoalan terhadap loneliness ni.

I grew up thinking that I am alone, I mean I been isolated for no reason. This kind of thinking I been kept until my day at university. When that moment I realised that what I been thinking all along is not right. I choose to be alone, choose to thinking that I’m alone but reality is, I’m not. First answer to my question where I realised at that moment I just thinking that I’m alone while others not. I been living in this world I created by myself. From that moment, that world is gone. Situasi dimana aku open to anybody, aku kerap ajak orang makan sekali, keluar sekali. Berbanding sebelum ni aku rasa orang taknak pun rapat dengan aku dan sebagainya.

The second answer is, I learn that to be alone is a choice. Berbeza dengan jawapan sebelum ni. Ianya adalah satu pilihan untuk bersendiri, tiada paksaan. Realitinya ada group of people enjoy being alone. Bagi mereka bersendirian adalah lebih baik. You can check my previous post about being alone is a choice. Based on the survey it tried, aku tergolong dalam kumpulan yang lebih suka bersendirian. Aku tak nafikan benda ini. Ada yang  cakap apa best buat benda sorang sorang, aku diam sebab pendapat orang lain-lain. Siapa aku nak nafikan pendapat dia ye dak, kata demokrasi kahkahakh lari topik natang.

Jawapan yang ketiga aku dapat 2 hari¬† sebelum entri ni naik. Loneliness happened when you’re already accept it as part of you, your friend, your BFF. Kali ni aku rasa ini jawapan yang terbaik. I grew up thinking Im alone. This friend called loneliness created by myself at that time. There is time I talk to myself, I confront myself, I take care my own feelings. That time is where the loneliness accompany you all the time. Secara tidak sedar aku telah terima untuk ada peneman nama Loneliness. This one friend makes me comfortable when I’m alone. Walaupun aku dah terbuka untuk buat apa-apa dengan orang lain dan aku telah belajar tentang pilihan untuk bersendiri ni tapi aku still selesa dengan sendirinya. Betul cakap orang, semakin lama kita hidup semakin banyak kita belajar pasal kehidupan ni. Aku anggap semua ni proses pembelajaran. Silibus ‘Life 101’.

So aku ulang lagi sekali, did you have a friend called Loneliness?

I do.